fb fb fb fb fb

Bastianini juara motor GP Amerika

TEXAS, 11 April- Pelumba pasukan Gresini Racing, Enea Bastianini mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menjuarai Grand Prix Amerika di Texas.

Bastianini berjaya memintas pendahulu perlumbaan dari pasukan Ducati, Jack Miller ketika saingan berbaki 5 pusingan, sekali gus menambah koleksi kemenangannya musim ini.

Pelumba berusia 24 tahun itu sebelum ini merangkul kejayaan sulung dalam kariernya ketika perlumbaan pembuka musim di Qatar awal Mac lalu.

(FOTO AFP)

Sementara itu, Miller pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas pelumba Suzuki, Alex Rins berjaya memintasnya pada pusingan terakhir.

Saingan turut menyaksikan pelumba Honda, Marc Marquez menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Bastianini kini kembali ke kedudukan teratas kejuaraan dunia 2022 dengan 61 mata, lima mata mengatasi Alex Rins.

Media Baharu