KUALA LUMPUR, 11 April- Seramai 13 atlet olahraga, khususnya daripada kategori A akan menyertai Kejohanan Singapore All Comers pada 16 April ini sebagai persiapan terakhir sebelum ke Vietnam.
Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd Manshahar Abdul Jalil memaklumkan, atlet yang tidak terlibat dalam pertandingan akan menjalani latihan berpusat seperti biasa di MSN.
"Kejohanan di Singapura pada 16 dan 17 April ini merupakan sebahagian persiapan ke Sukan SEA, Vietnam Mei depan,
"Setakat ini 13 atlet terpilih dalam kategori A khususnya yang telah ditetapkan akan bertanding dalam kejohanan akan datang," jelasnya kepada pemberita di ibu negara.
(Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd Manshahar Abdul Jalil)
Tambahnya lagi, tujuan penyertaan itu juga berikutan keperluan kepada latihan yang mantap sebagai persedian yang lebih baik.