KUALA LUMPUR, 11 April- Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing enggan 'tenggelam-timbul' biarpun telah menjulang gelaran di Badminton Terbuka Korea, semalam.
Pasangan ranking ke-10 dunia itu tekad untuk kekal konsisten selepas menamatkan kemarau lima tahun tanpa sebarang kejuaraan.
"Saya merasakan perlawanan ketika itu telah dilakukan dengan baik mengikut apa yang dinasihatkan jurulatih, dalam masa sama mengurangkan kesilapan dan saling membantu satu sama lain,"
"Kami juga nampak ada peluang dan tidak mahu rugi ketika itu, dan saya rasa kali ini kena buat yang terbaik," jelasnya Kian Meng kepada Berita RTM.
(Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ketika berada Seoul, Korea)
Ketika ini Kian Meng masih berada di Seoul, Korea untuk meneruskan aksi di Kejohanan Korea Masters bermula esok, bagi acara beregu lelaki bersama Tan Wee Kiong manakala Pei Jing akan pulang ke tanah air.
Kedua-duanya bakal kembali bergandingan pada Kejohanan Badminton Asia di Filipina 26 April ini.