KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Bandar Media di Angkasapuri bakal mengubah lanskap penyiaran selari Pelan Transformasi RTM.
Projek menaik taraf Kompleks Penyiaran ini sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi kreatif serta membuka lebih banyak ruang dalam bidang penerbitan penyiaran.
Siang tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menghadiri sesi taklimat projek berkenaan oleh syarikat Media City Development Sdn Bhd.
Tan Sri Annuar juga melakukan lawatan ke tapak projek pembangunan Bandar Media itu yang dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.
Turut mengiringi, Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua
Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud
Projek itu sebelum ini bernilai RM1.2 billion berjaya dikurangkan kosnya kepada RM860 juta.
Bandar Media ini dijangka dapat menyediakan infrastruktur penyiaran yang canggih dan berteknologi tinggi selaras perancangan kerajaan untuk terus membangunkan perkhidmatan siaran televisyen digital.
Pembangunan projek itu mengambil contoh kejayaan projek pembangunan Bandar Media di luar negara seperti Dubai, Sydney dan Manchester.