fb fb fb fb fb

Nazatul dan Ameerezul, juara Bintang P.Ramlee 2022 Zon Utara

IPOH, 7 Ogos- Lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' dan 'Air Mata di Kuala Lumpur' membawa tuah kepada peserta Perak, Mohd Ameerezul Maula Abd Aziz dan Pulau Pinang, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin.

Mereka dinobat sebagai Juara pertandingan Bintang P. Ramlee 2022 Zon Utara yang berlangsung di Auditorium Perak FM, semalam.

Selaku juara, Mohd Ameerezul Maula dan Noor Nazatul Farahin masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala dan hamper.


(Juara Bintang P.Ramlee (Lelaki) Zon Utara 2022, Mohd Ameerezul Maula Abd Aziz)

Hadiah disampaikan Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed.

"Saingan untuk tahun ni sangat-sangat sengit daripada Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan juga Langkawi. Masing-masing dah lakukan yang terbaik, begitu juga dengan saya, saya pun dah cuba yang terbaik. Saya rasa amat bertuah dan rasa bersyukur dengan kemenangan ini. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana, semua peserta memang hebat-hebat belaka," kata Mohd Ameerezul kepada RTM.

"Tak sangka boleh menang sebab persaingan cukup hebat. Jadi, saya cuba yang terbaik dengan sokongan daripada ahli keluarga serta rakan-rakan yang banyak membantu saya. Alhamdulillah, saya gembira sangat hari ini," kata Nazatul kepada RTM.


(Juara Bintang P.Ramlee (Wanita) Zon Utara 2022, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin)

Mereka akan mewakili Zon Utara ke peringkat akhir yang akan diadakan di Sarawak, Oktober depan.

 

Media Baharu