fb fb fb fb fb

Aizat Amdan nikahi pengurusnya

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Dengan sekali lafaz, penyanyi popular, Aizat Amdan dan pilihan hatinya, Elyssa Alia Ilias sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan yang diadakan di A-Park,Puchong,Selangor pada jam 9:17 pagi tadi.

Pada majlis tersebut , Aizat atau nama sebenar,Muhamad Aizat Amdan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Ilias Moideen.

Aizat menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dulang manakala mas kahwin bernilai RM300.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Bersempena hari bahagia mereka, Aizat turut mendedikasikan lagu Hanya Kita Dua yang dicipta tiga tahun lalu buat isteri tercintanya.


(Aizad dan isterinya pada sidang media selepas selesai majlis akad nikah)

Media Baharu