fb fb fb fb fb

Anugerah Teater Malaysia 2023: Platform memartabat pementasan seni teater tanah air

(Teater Asrama Ra-Dorm Putra Act 2 hasil karya Revolution Stage Production berjaya memenangi Anugerah Teater Terbaik 2023 dengan membolot lima kategori pencalonan utama)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Malam Anugerah Teater Malaysia 2023 menjadi platform terbaik bagi penggiat seni teater menghasilkan karya yang lebih kreatif dan berkualiti.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris berkata ia merupakan pengiktirafan kepada karyawan seni teater sekaligus menyemarakkan lagi pementasan seni teater tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.

"Dengan adanya anugerah seperti ini kita mengharapkan supaya pengiat-penggiat teater di Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India, pelbagai kaum sambutlah usaha yang dibuat oleh JKKN untuk memartabatkan teater di Malaysia melalui penghasilan karya-karya teater yang baharu sebenarnya. Itu yg kita harapkan dan yang penting hubungan kekeluargaan dalam kalangan penggiat teaterdapat diterapkan dan diimarahkan dalam penganjuran Malam Anugerah Teater Malaysia 2023," katanya.

rtm
(Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris)

Beliau ditemui media pada malam Anugerah Teater Malaysia 2023 di ibu negara, malam tadi.

Teater Asrama Ra-Dorm Putra Act 2 hasil karya Revolution Stage Production berjaya memenangi Anugerah Teater Terbaik 2023 dengan membolot lima kategori pencalonan utama, antaranya, Pengarah Terbaik, Teater Moden Terbaik dan Pelakon pembantu Terbaik.

Hadiah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman.

Sebanyak 41 anugerah daripada lima kategori pencalonan dipertandingkan pada Malam Anugerah Teater Malaysia 2023.

Media Baharu