fb fb fb fb fb

"Anuar Zain 40 Exclusive Up Close and Personal" ekslusif untuk rai peminat AZ40

Anuar Zain 40 Exclusive Up Close and Personal

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Berita istimewa untuk peminat yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah luar biasa di Konsert Anuar Zain tahun 2023.

Anuar Zain menjemput secara eksklusif untuk terus mencipta momen manis bersamanya melalui acara "Anuar Zain 40 Exclusive Up Close and Personal".

Ia dibuka secara eksklusif untuk mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui JioTix.

Dua sejarah baharu akan dicipta bersama 'Lelaki Ini' iaitu menjadi medan apresiasi dari Anuar Zain buat peminat yang menjadi tulang belakang kariernya sejak 40 tahun lalu dan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53.
 
Majlis dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3.00 petang di JioSpace, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy, Sean Ng acara ini merupakan tanda terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang kerjayanya dalam industri muzik.

"Bukan sekadar acara pertemuan biasa, malah merupakan bonus berganda buat peminat yang berjaya mendapatkan tiket Anuar Zain 40 Exclusive Up Close and Personal ialah anda akan dihiburkan dengan 10 lagu daripada Anuar secara eksklusif," katanya.

Peminat yang menghadiri Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang lalu, anda boleh mendapatkan tiket utama (priority tickets) ini bermula dari 5 Januari sehingga 9 Januari 2024, 11.59 malam dengan menyemak e-mel anda daripada JioTix.

Sila semak e-mel anda, kerana keutamaan penghantaran e-mel kepada mereka yang menghadiri AZ40 untuk membeli tiket utama.

Tiket akan dibuka untuk pembelian umum pada 10 Januari 2024.

ROSLINA BINTI DIN