INDIAN WELLS, 19 Mac - Pemain tenis Rusia, Andrey Rublev mara ke peringkat separuh akhir selepas mengatasi veteran Bulgaria Grigor Dimitrov 7-5,6-2.
Pemain berusia 24 tahun itu mencatat kemenangan ke-13 berturut-turut sejak pertengahan Februari.
Juara ATP Dubai dan Marseille itu diberi tentangan sengit pada set pertama sebelum menang dengan keputusan 7-5.
Laluan Rublev tampak lebih mudah pada set kedua, dengan aksi bertenaga beliau gagal disaingi Dimitrov sekali gus menang mudah 6-2.
Rublev bakal berdepan pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz dalam aksi separuh akhir.
Fritz sebelum itu menang dalam aksi penuh mendebarkan menentang pemain Serbia, Miomir Kecmanovic dengan keputusan 7-6 , 3-6, 6-1.
Satu lagi pertemuan separuh akhir turut akan mempertemukan bintang Sepanyol Rafael Nadal yang akan berdepan rakan senegara Carlos Alcaraz Garfia.