fb fb fb fb fb

Beri masa Kim Pan Gon ubah imej dan reputasi Harimau Malaya - Azman Adnan

(Azman Adnan pada sidang media selepas melancarkan koleksi digital 'Non-Fungible Tokens')

CHERAS, 19 Mac - Bekas penyerang negara, Azman Adnan berharap seluruh peminat bola sepak tanah air memberi masa kepada pengendali baharu, Kim Pan Gon mengubah imej dan reputasi skuad Harimau Malaya.

Menurut Azman, setiap jurulatih memerlukan masa untuk memilih pemain yang sesuai dan mengubah corak permainan berdasarkan falsafah masing-masing.

"Kita bagi jurulatih ( Kim Pan Gon) ruang untuk menilai dan membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang orang kata lebih 'umppp', lebih garang pada masa akan datang, kita bagi dia ruang biar dia pilih pemain-pemain, sekarang ni mungkin dipanggil ramai pemain sebab ramai yang tanya asyik pemain yang sama sahaja, tapi bagi saya tiada masalah pun sebab dia jurulatih, bagi dia nilaikan," kata beliau selepas melancarkan koleksi digital 'Non-Fungible Tokens' (NFT) atau dikenali sebagai Azman Adnan NFT (AANFT), di sini.


(Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon) 

Skuad Harimau Malaya ketika ini dalam persiapan untuk mengharungi tiga aksi persahabatan di Singapura.

Malaysia dijadual berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, sebelum menentang pasukan Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.

Media Baharu