fb fb fb fb fb

All England : Zii Jia tewaskan Momota untuk ke separuh akhir

(Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia/BWF)

BIRMINGHAM, 19 Mac - Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sekali lagi menunjukkan jalan keluar kepada pemain nombor dua dunia, Kento Momota pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton All England, di sini, awal pagi tadi.

Kini hanya Zii Jia sahaja menjadi wakil tunggal Malaysia berjaya melangkah ke saingan separuh akhir kejohanan.

Zii Jia yang pernah menewaskan Momota dari Jepun pada aksi suku akhir 2021, mengulangi pencapaian sama pada awal pagi tadi apabila menang dengan keputusan 21-7, 13-21, 21-11.

Kemenangan itu juga membolehkan Zii Jia berada di landasan terbaik untuk mempertahankan gelaran All England yang dimenanginya pada tahun lalu.


(Pemain Jepun, Kento Momota/BWF)

Bakal menanti Zii Jia pada aksi separuh akhir nanti ialah pemain dari India, Lakshya Sen yang meraih kemenangan percuma ketika menentang Lu Guangzu dari China.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila tewas di saingan suku akhir menentang pasangan nombor dua dunia, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dengan keputusan 15-21, 15-21.

Media Baharu