KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Penyanyi dan Pelakon Andi Bernadee, 32 menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia sekali gus meletakkan pelopor dalam genre muzik 'Reggaeton' tempatan itu satu label dengan Ernie Zakrie.
Muzik jenis 'Reggaeton' dilihat membawa tuah kepada bintang dari Sabah itu yang pernah menghasilkan beberapa lagu popular dalam genre berkenaan seperti Shimmy, Satu Peluang dan Donde. Ia sekali gus mengangkat nama Andi Bernadee dalam bidang hiburan di Malaysia.
Dengan kontrak baharu bawah label antarabangsa itu Andi dalam usaha untuk meluaskan jangkauan muzik dan kerjayanya.
"Sebagai seorang artis, saya semestinya ingin berkembang dan sebagai penyanyi, saya merancang untuk menghasilkan album serta beberapa pertunjukan khas yang akan menyusul.
"Saya harap saya akan tetap kekal dalam zon saya, dan lebih banyak lagu 'reggaeton' akan dihasilkan sesuai dengan gaya muzik dan genre saya," katanya lagi.