KUALA LUMPUR, 14 September- Penyanyi era 80-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.15 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarham yang juga dikenali sebagai pelakon veteran, meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan jantung pada usia 68 tahun.
Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, jenazah masih berada di IJN untuk urusan bedah siasat, dan akan dibawa ke Masjid Alam Damai Cheras untuk disembahyangkan.
Jenazah akan dikebumikan di tanah Perkuburan Alam Damai.
Aman Shah yang popular dengan lagu raya Kepulangan Yang Dinanti itu menjadi penyanyi sejak 1979, sebelum mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI pada tahun 1980 hingga 1987.
Antara filem lakonan beliau adalah Darah Satria, Azura dan Aku Bukan Gila.
(Foto FB Seniman Malaysia)