fb fb fb fb fb

Sekali lafaz, Mas Idayu sah bergelar isteri Sufian

KUALA LUMPUR, 16 September- Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Mas Idayu, 50, sah bergelar isteri kepada penerbit eksekutif televisyen, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pukul 10.40 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kg. Baru, Ustaz Azizi Abdul Hamid berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Pada majlis yang dihadiri 100 orang tetamu itu, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun menerima mas kahwin sebanyak RM1001.

Nilai wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak perempuan.

(Mas Idayu selamat disatukan dengan Muhammad Sufian)

Media Baharu