
KATHMANDU, 9 April – Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri Nepal Sher Bahadur Deuba dan isterinya Arzu Rana Deuba, atas tuduhan pengubahan wang haram, kata seorang pegawai pada Khamis, lapor Xinhua.
RINGKASAN BERITA AI
- Mahkamah Daerah Kathmandu mengeluarkan waran susulan permohonan Jabatan Siasatan Pengubahan Wang Haram.
- Pegawai jabatan tersebut memberitahu Xinhua bahawa pasangan terbabit kini berada di luar negara.
- Suruhanjaya siasatan protes Gen Z mencadangkan kerajaan menyiasat harta keluarga Deuba.
- Laporan berkenaan disiarkan melalui agensi berita BERNAMA dan XINHUA.
Mahkamah Daerah Kathmandu mengeluarkan waran itu susulan permohonan daripada Jabatan Siasatan Pengubahan Wang Haram.
“Mahkamah daerah mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan Deuba. Bagaimanapun, mereka kini berada di luar negara,” kata seorang pegawai jabatan itu kepada Xinhua.
Satu suruhanjaya siasatan yang ditubuhkan bagi menyiasat kekejaman negara, kejadian bakar dan kemusnahan semasa protes Gen Z pada September lalu turut mengesyorkan agar kerajaan menyiasat harta keluarga Deuba. -BERNAMA-XINHUA