Wabak Ebola makin membimbangkan di DRC

Foto AFP

BUNIA, 11 Ogos – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan kadar kematian dan jangkitan akibat wabak Ebola terus meningkat pada tahap membimbangkan di bahagian timur Republik Demokratik Congo (DRC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkembangan wabak tiga bulan terakhir dianggap amat serius dan sukar dikawal oleh WHO.
  • Hampir 2,000 kematian direkodkan, manakala lebih 4,000 orang dijangkiti.
  • Bunia kini menjadi pusat pencegahan dan pemantauan penularan wabak di timur DRC.
  • Pihak berkuasa antarabangsa meningkatkan usaha walau berdepan cabaran logistik dan keselamatan.

Setakat ini, lebih 4,000 orang lagi telah dijangkiti.

Pengarah Wilayah Afrika WHO, Mohamed Yakub Janabi menyatakan perkembangan wabak berkenaan dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini menunjukkan situasi yang amat serius dan sukar dikawal.

“Situasi Ebola dalam tempoh tiga bulan ini adalah tidak baik. Hampir 2,000 kematian direkodkan, manakala lebih 4,000 orang dijangkiti,” katanya dalam satu sidang media di Bunia yang kini menjadi pusat pencegahan penularan wabak berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan antarabangsa kini sedang meningkatkan usaha bagi membendung penularan virus berkenaan daripada terus merebak ke kawasan sekitar, di tengah-tengah cabaran logistik dan keselamatan di rantau tersebut.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.