Ukraine serang lapan kapal tangki Rusia di Laut Azov

Tangkap layar rakaman video daripada dron tentera Ukraine ketika menyerang kapal tangki Rusia / REUTERS

KYIV, 7 Julai– Ukraine mendakwa berjaya menyerang lapan kapal tangki milik armada bayangan Rusia di Laut Azov dalam operasi dron terbaharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal digunakan untuk menghantar bekalan bahan api ke Crimea menurut kenyataan Tentera Ukraine.
  • Semua kapal dikenakan sekatan antarabangsa dan masing-masing mempunyai muatan kira-kira 7,000 tan.
  • Ukraine meningkatkan serangan ke atas rangkaian logistik dan infrastruktur tenaga di Crimea, mencetuskan gangguan bekalan bahan api dan darurat.

Menurut kenyataan Tentera Ukraine, kapal berkenaan digunakan untuk menghantar bekalan bahan api ke Crimea.

Semua kapal terbabit dikenakan sekatan antarabangsa dan masing-masing mempunyai berat muatan kira-kira 7,000 tan.

Tentera Ukraine turut mengeluarkan rakaman yang menunjukkan dron menyerang beberapa kapal sehingga tercetus kebakaran.

Operasi itu dilancarkan sehari selepas tentera Ukraine mendakwa menyerang dua lagi kapal armada bayangan Rusia di kawasan sama.

Ukraine sejak beberapa minggu lalu meningkatkan serangan terhadap rangkaian logistik dan infrastruktur tenaga di Crimea yang diduduki Rusia.

Tindakan itu sekali gus mencetuskan gangguan bekalan bahan api serta pengisytiharan darurat di wilayah itu. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.