Tentera Israel tidak akan berundur dari Lubnan, Syria dan Palestin

Menteri Pertahanan negara haram Israel, Israel Katz / Foto AFP

TEL AVIV, 15 Jun – Israel kekal dengan pendirian kerasnya untuk meneruskan kekejaman di Asia Barat meskipun Amerika Syarikat (AS) dengan Iran bersetuju untuk menamatkan perang di rantau berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Pertahanan Israel menegaskan tentera tidak akan berundur dari Lubnan, Syria dan Palestin, kekal tanpa had masa.
  • Israel menolak pengunduran walaupun menghadapi tekanan sedia ada dan tekanan yang dijangka menyusul.
  • Katz mendakwa langkah itu bertujuan melindungi sempadan dan komuniti Israel.
  • Kawasan akan dibersihkan daripada penduduk tempatan dan infrastruktur yang disifatkan milik kumpulan bersenjata akan dimusnahkan.

Menteri Pertahanan negara haram itu, Israel Katz menegaskan, tentera Zionis tidak akan berundur dari Lubnan, Syria dan Palestin, sebaliknya terus kekal tanpa had masa.

“Israel menolak sebarang pengunduran tenteranya dari Lubnan, walaupun berdepan tekanan sedia ada dan tekanan yang dijangka menyusul,” jelasnya.

Katz mendakwa kononnya langkah itu bertujuan melindungi sempadan dan komuniti Israel.

“Kawasan itu akan “dibersihkan daripada penduduk tempatan”, manakala semua infrastruktur yang disifatkan Israel sebagai milik kumpulan bersenjata termasuk di kampung barisan hadapan akan dimusnahkan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas AS dan Iran bersetuju menamatkan perang di Asia Barat termasuk di Lubnan, namun Katz tidak merujuk secara langsung kepada perjanjian berkenaan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.