Takaichi ikrar pertahan wilayah, tubuh biro perisikan nasional

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi / FOTO AFP

TOKYO, 9 Februari – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, berikrar mempertahankan wilayah, perairan dan ruang udara negara itu dengan memperkukuh keupayaan pertahanan serta perisikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh keupayaan pertahanan untuk mempertahankan wilayah, perairan dan ruang udara negara.
  • Menubuhkan biro perisikan nasional bagi mempertingkat risikan dan keselamatan negara.
  • Membentangkan rang undang-undang menilai risiko keselamatan terhadap pelaburan asing.

Dalam sidang media selepas kemenangan besar pilihan raya, Takaichi menegaskan Jepun akan melindungi keamanan, kemerdekaan serta keselamatan rakyatnya.

Beliau turut mengumumkan rancangan menubuhkan biro perisikan nasional dan membentangkan rang undang-undang bagi menilai risiko keselamatan terhadap pelaburan asing di Jepun.

Selain itu, Takaichi berkata dokumen dasar keselamatan negara akan disemak semula bagi mencerminkan perubahan persekitaran keselamatan semasa. – AFP