Setiausaha Tentera Darat AS letak jawatan

Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) Dan Driscoll

WASHINGTON, 1 September — Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) Dan Driscoll, meletak jawatan selepas berdepan ketegangan dengan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, sejak beberapa bulan lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumber Reuters melaporkan Driscoll telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada White House.
  • Driscoll dipercayai rapat dengan Naib Presiden JD Vance dan merupakan pegawai kanan terbaharu yang berundur di bawah kepimpinan Hegseth.
  • Perkembangan berlaku ketika AS masih berperang dengan Iran dan ribuan anggota Tentera Darat di Asia Barat; Tentera Darat enggan mengulas.

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu kepada Reuters, Driscoll sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada White House.

Driscoll yang mempunyai hubungan rapat dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance, menjadi pegawai kanan terbaharu yang berundur daripada Pentagon di bawah kepimpinan Hegseth.

Perkembangan itu berlaku ketika Amerika masih berperang dengan Iran, dengan ribuan anggota Tentera Daratnya ditempatkan di Asia Barat.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada White House sudah menerima peletakan jawatan Driscoll.

Tentera Darat Amerika Syarikat enggan mengulas laporan berkenaan yang pertama kali disiarkan The Wall Street Journal.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.