
BAITULMAQDIS, 30 Januari – Tiga warga Palestin terbunuh dalam satu serangan Israel di bandar Rafah, selatan Gaza, pada Jumaat, ketika gencatan senjata di wilayah Palestin itu masih berkuat kuasa.
- Serangan Israel di Rafah mengakibatkan tiga warga Palestin terbunuh walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa.
- Tentera Israel mendakwa sasaran ialah lapan individu berbahaya dan tiga daripada mereka terbunuh.
- Rafah penting sebagai lintasan ke Mesir dan saluran bantuan kemanusiaan yang dijangka dibuka semula.
Tentera Israel mendakwa kononnya telah mengenal pasti lapan individu berbahaya di sebuah kawasan sebelum melancarkan serangan yang mengorbankan tiga daripada mereka.
Rafah merupakan lokasi lintasan ke Mesir serta saluran penting bagi kemasukan bantuan kemanusiaan, yang dijangka dibuka semula selaras dengan perjanjian gencatan senjata.
Gencatan senjata yang diusahakan oleh Amerika Syarikat bagi menamatkan konflik antara Israel-Hamas susulan serangan pada Oktober 2023 telah berkuat kuasa lebih tiga bulan, meskipun kedua-dua pihak saling menuduh berlaku pelanggaran.
Awal Januari lalu, Washington mengumumkan bahawa gencatan senjata itu telah memasuki fasa kedua, yang bertujuan menamatkan konflik secara menyeluruh. -AFP