Serangan di masjid San Diego, PBB kecam dan gesa siasatan menyeluruh

Foto REUTERS

NEW YORK, 20 Mei– Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk keras serangan berdarah di sebuah masjid di San Diego, California, yang mengorbankan tiga nyawa pada Isnin (18 Mei).

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Agung PBB mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap rumah ibadat.
  • Beliau menyeru tindakan segera menangani segala bentuk kebencian dan intoleransi yang menular.
  • Ucapan takziah mendalam kepada keluarga mangsa dan solidariti penuh kepada komuniti Islam di San Diego.
  • Guterres menggesa siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa untuk menentukan punca serangan.

Menurut jurucakapnya, Stéphane Dujarric pada Selasa (19 Mei) menyatakan bahawa Ketua PBB itu “mengecam sekeras-kerasnya” keganasan tersebut dan menyifatkan sebarang serangan ke atas rumah ibadat sebagai satu tindakan yang amat kejam.

Menurut Dujarric, Guterres turut menegaskan keperluan mendesak bagi menangani segala bentuk kebencian serta sifat tidak bertoleransi yang semakin menular.

Beliau pada masa sama menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban, selain menyatakan solidariti penuh PBB bersama komuniti Islam di San Diego.

Susulan insiden itu, Guterres menggesa agar satu siasatan menyeluruh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menyiasat punca serangan berkenaan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.