
ITALI, 26 Mac – Pasukan Carabinieri menemukan pelbagai jenis reptilia termasuk anaconda sepanjang lima meter, ular sawa serta seekor caiman yang disembunyikan di dalam bilik bawah tanah yang diubah suai menjadi pusat pembiakan reptilia haram di sebalik dinding palsu di Sannicandro di Bari, wilayah Puglia, selatan Itali.
- Reptilia adalah spesies dilindungi dan berpotensi membahayakan keselamatan awam.
- Haiwan dipelihara secara haram dan dalam keadaan tidak sesuai dengan keperluan semula jadi mereka.
- Tiada dokumentasi diperlukan dan persekitaran tidak bersih atau sesuai untuk saiz serta tahap risiko haiwan.
- Semua haiwan dirampas dan dipindahkan ke fasiliti sah untuk memastikan penjagaan, keselamatan dan kebajikan terjamin.
Reptilia berkenaan, merupakan spesies dilindungi dan dianggap berpotensi membahayakan keselamatan awam namun dipelihara secara haram serta dalam keadaan yang tidak sesuai dengan keperluan semula jadi mereka.
Pemeriksaan pihak Carabinieri mendapati reptilia tersebut disimpan tanpa dokumentasi yang diperlukan serta dalam keadaan kebersihan dan persekitaran yang tidak memuaskan, di ruang yang tidak sesuai dengan saiz dan tahap risiko haiwan berkenaan.
Kesemua haiwan itu dirampas atas kesalahan memiliki spesies dilindungi dan berbahaya secara haram, sebelum dipindahkan ke fasiliti yang dibenarkan bagi memastikan penjagaan, keselamatan dan kebajikan haiwan tersebut terjamin.- REUTERS