Pencarian mangsa terselamat banjir Nepal, diteruskan

Foto AFP

KATHMANDU, 10 September – Pasukan penyelamat Nepal masih berharap dapat menemukan mangsa yang terselamat terperangkap di dalam terowong loji tenaga hidro, dua minggu selepas kejadian banjir besar yang mengorbankan ribuan nyawa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nepal: 1,367 mayat ditemui, 5,132 hilang; China: 43 maut, 519 hilang.
  • Usaha mencari dan menyelamat di terowong Trishuli 3A, 3B dan Chilime diteruskan.
  • Tiga mangsa berjaya diselamatkan dari terowong; dua warga Nepal, seorang warga China.
  • Pihak berkuasa minta keluarga mangsa di luar negara hantar sampel DNA melalui e-mel.

Gelombang air dan lumpur bermula di sempadan China-Nepal, mengorbankan lebih 1,410 orang dan menyebabkan 5,651 lagi masih hilang.

“Usaha mencari dan menyelamat di terowong projek tenaga hidro Trishuli 3A, 3B dan Chilime masih diteruskan,” kata jurucakap Tentera Nepal, Raja Ram Basnet, kepada AFP.

Menurut pihak berkuasa bencana, di Nepal, 1,367 mayat telah ditemukan, manakala 5,132 orang masih lagi hilang.

Manakala di China, 43 orang dilaporkan maut dan 519, hilang.

Ratusan warga asing termasuk dalam senarai orang hilang, selain ratusan pekerja sektor tenaga hidro.

Terdahulu dilaporkan, tiga mangsa berjaya diselamatkan dari dalam terowong, dengan dua merupakan warga Nepal dan seorang lelaki warga China.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai mangsa lain yang terselamat sejak itu.

Pihak berkuasa turut meminta anggota keluarga mangsa yang hilang di luar negara, khususnya ibu bapa atau anak, menyerahkan sampel DNA melalui e-mel.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.