Operasi cari mangsa serangan udara di sekolah dihentikan, 165 terkorban

FOTO REUTERS

MINAB, 2 Mac – Iran mengumumkan operasi mencari mangsa serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas sebuah sekolah rendah perempuan di selatan negara itu telah ditamatkan pada Ahad, dengan angka korban dilaporkan seramai 165 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel mengenai sekolah rendah perempuan di Minab dikecam teruk oleh Presiden Masoud Pezeshkian.
  • Pezeshkian menyifatkan serangan itu tidak berperikemanusiaan dan sebagai tindakan kejam terhadap rakyat Iran.
  • Kerajaan menggesa pusat bantuan, kemudahan perubatan dan pihak berkuasa utamakan rawatan segera kepada mangsa cedera.
  • Pezeshkian memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan penduduk Minab, menuntut sokongan berterusan.

Sekolah Shajareh Tayyebeh yang terletak di Minab, kawasan yang menempatkan pangkalan tentera Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), dilaporkan terkena serangan pada Sabtu ketika operasi ketenteraan besar-besaran dilancarkan secara bersama oleh Washington dan Tel Aviv.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, pada Sabtu menyatakan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta penduduk Minab.

Beliau turut mengutuk serangan udara itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menyifatkannya sebagai tindakan kejam yang menambah satu lagi episod gelap dalam siri jenayah terhadap Iran.

Pezeshkian juga menggesa semua pusat bantuan, kemudahan perubatan serta pihak berkuasa berkaitan di wilayah berkenaan supaya mengutamakan rawatan segera dan berterusan kepada mangsa yang cedera serta keluarga mereka dengan menggerakkan semua sumber yang ada. – REUTERS