Konflik terbaharu Asia Barat: ECB dijangka ambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’

Foto HIASAN

FRANKFURT, 23 Julai – Konflik terbaharu di Asia Barat serta peningkatan harga minyak telah meletakkan Bank Pusat Eropah (ECB) dalam keadaan berjaga-jaga menjelang mesyuarat penetapan kadar faedahnya pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majoriti pemerhati jangka ECB akan ambil pendekatan tunggu dan lihat serta mengekalkan kadar faedah buat masa ini.
  • Bulan lalu ECB menjadi bank pusat utama pertama menaikkan kadar sebanyak suku mata kepada 2.25 peratus.
  • Memorandum antara Washington dan Tehran memberi harapan penyelesaian, tetapi pertempuran semula mencetuskan kebimbangan lonjakan inflasi.
  • Penganalisis: risiko ketenteraan, inventori minyak rendah dan tekanan harga gas menunjukkan risiko terhadap kestabilan harga condong ke arah peningkatan.

Majoriti pemerhati menjangkakan ECB akan mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ pada Khamis serta mengekalkan kadar faedah buat masa ini sementara menunggu hasil dan tempoh konflik baharu itu.

Bulan lalu, ECB menjadi bank pusat utama pertama yang menaikkan kadar faedah berikutan penutupan hampir sebahagian besar Selat Hormuz, dengan menaikkan kadar sebanyak suku mata kepada 2.25 peratus.

Memorandum persefahaman yang ditandatangani bulan lepas antara Washington dan Tehran sebelum ini memberi harapan kepada penyelesaian konflik yang berkekalan.

Namun, pertempuran yang tercetus semula mencetuskan kebimbangan bahawa kadar inflasi zon euro, mereda kepada 2.8 peratus pada Jun, mungkin melonjak kembali.

“Harga tenaga telah menaik semula impak memorandum persefahaman antara AS dan Iran, sekali gus menjadikan data inflasi yang mereda pada Jun sebagai maklumat lama,” kata penganalisis UniCredit.

Penganalisis itu menambah risiko ketenteraan yang kian meruncing, inventori minyak yang berada jauh di bawah paras pra-perang serta tekanan yang kian meningkat terhadap harga gas asli hampir pasti menunjukkan Majlis Pengurusan ECB akan terus melihat risiko terhadap kestabilan harga adalah condong ke arah peningkatan.

Beberapa ahli ekonomi mengkritik tindakan ECB pada bulan lalu sebagai keterlaluan dengan membandingkannya ketika kenaikan kadar pada tahun 2011 yang didakwa sesetengah pihak telah membendung pemulihan awal zon euro selepas kemelesetan ekonomi berperingkat.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.