Konflik AS, Israel – Iran: PBB seru semua pihak kembali ke meja rundingan

FOTO AFP

GENEVA, 1 Mac – Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa Bersatu, Volker Turk mengecam serangan ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran serta tindak balas Tehran, menegaskan serangan hanya membawa “kematian, kemusnahan dan kesengsaraan manusia”.

RINGKASAN BERITA AI
  • Volker Turk mengutuk serangan AS dan Israel serta tindak balas Iran sebagai penyebab kematian dan kemusnahan.
  • Seruan semua pihak agar menahan diri, menurunkan ketegangan dan kembali ke meja rundingan.
  • Penekanan bahawa perlindungan orang awam adalah keutamaan dan pelanggar peraturan perang mesti dipertanggungjawabkan.
  • WHO memberi amaran tentang risiko kesihatan awam, khususnya jika fasilitas nuklear terjejas.

Turk menyeru semua pihak agar menahan diri, menurunkan ketegangan dan kembali ke meja rundingan bagi mengelak konflik lebih besar yang boleh meragut nyawa orang awam secara besar-besaran di seluruh Asia Barat.

Beliau mengingatkan bahawa perlindungan orang awam adalah keutamaan, dan mereka yang melanggar peraturan perang mesti dipertanggungjawabkan.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, turut menyuarakan kebimbangan terhadap risiko kesihatan awam, terutama jika fasiliti nuklear terjejas akibat konflik yang semakin meluas.

“Semua pihak harus memilih dialog berbanding jalan kemusnahan yang tiada guna,” katanya. – AFP