
YANGON, 12 Januari – Parti Solidariti dan Pembangunan Kesatuan (USDP), parti politik protentera Myanmar memenangi kerusi Parlimen Kawhmu yang sebelum ini disandang pemimpin demokratik, Aung San Suu Kyi, dalam pilihan raya yang dikendalikan oleh junta.
- USDP, parti pro-tentera, menang kerusi Kawhmu yang sebelum ini milik Aung San Suu Kyi.
- USDP menang 15 daripada 16 kerusi di wilayah Yangon dalam fasa kedua pilihan raya.
- Aung San Suu Kyi masih ditahan sejak rampasan kuasa 2021 dan partinya dibubarkan.
- Penyokong demokrasi mendakwa pilihan raya tidak adil kerana tindakan keras terhadap pembangkang.
Menurut pegawai parti yang enggan dikenali itu berkata, parti itu turut memenangi 15 daripada 16 kerusi di wilayah Yangon, selepas Kawhmu dan puluhan kawasan lain mengundi pada Ahad dalam fasa kedua pilihan raya. Pilihan raya itu diadakan secara tiga peringkat.
Tentera menggulingkan dan menahan Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa pada 2021, dengan mendakwa beliau memenangi pilihan raya tahun sebelumnya secara besar-besaran melalui penipuan undi.
Fasa terakhir pengundian akan berlangsung pada 25 Januari, dengan junta mendakwa pilihan raya itu akan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Namun, dengan Suu Kyi masih ditahan dan partinya yang mendapat sokongan besar rakyat telah dibubarkan, penyokong demokrasi mendakwa pilihan raya itu tidak adil susulan tindakan keras terhadap pihak pembangkang serta penguasaan calon yang rapat dengan tentera.- AFP