Iran umum lancar serangan balas besar-besaran

Salah satu peluru berpandu yang disasarkan ke Tel Aviv. Foto/AFP

TEHRAN, 28 Februari – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan serangan besar-besaran peluru berpandu dan dron yang menyasarkan wilayah negara haram Israel pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • IRGC mengumumkan serangan balas besar-besaran menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap Israel.
  • Serangan itu sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Israel dan sokongan Amerika Syarikat terhadapnya.
  • IRGC menyatakan gelombang pertama serangan telah bermula.
  • Tentera Israel mengesahkan peluru berpandu dilancarkan ke Tel Aviv dan mengarahkan orang ramai berlindung.

Ia sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Israel bersama sekutunya Amerika Syarikat ke atas Iran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat perhubungan awam IRGC, gelombang pertama serangan telah bermula.

Terdahulu, Tentera Israel mengesahkan telah mengesan serangan peluru berpandu yang dilancarkan ke Tel Aviv dari Tehran.

“Orang ramai diminta untuk berlindung di kawasan selamat,” kata pihak tentera dalam kenyataan. – Bernama