Iran tak boleh miliki senjata nuklear -Trump

Trump dalam video yang disiarkan di platform Truth Social.

WASHINGTON, 28 Februari – Serangan yang dilancarkan terhadap Iran bertujuan untuk menghapuskan ancaman nuklear Tehran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump menyatakan serangan terhadap Iran bertujuan menghapuskan ancaman nuklear Tehran.
  • Beliau menegaskan tindakan itu dibuat untuk membela rakyat Amerika Syarikat.
  • Washington mengesahkan penyertaan dalam operasi serangan bersama Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menerusi mesej video yang disiarkan di platform Truth Social memaklumkan, objektif lain serangan ialah untuk membela rakyat AS.

“Mereka tidak boleh memiliki senjata nuklear,” kata Trump.

Trump pada masa sama mengesahkan Washington menyertai operasi serangan bersama Israel pada Sabtu.

Serangan dilaksanakan ketika rundingan pusingan ketiga nuklear Tehran di Geneva berakhir pada Khamis tanpa kejayaan.