Iran kekal tutup Selat Hormuz hingga AS penuhi syarat perjanjian

Selat Hormuz/ REUTERS

WASHINGTON, 18 Ogos – Tiada rundingan atau perbincangan sedang berlangsung dengan Iran dan tiada rundingan dijadualkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran kekalkan penutupan Selat Hormuz sehingga AS memenuhi syarat perjanjian sementara yang dimeterai pada Jun.
  • Syarat termasuk AS menarik balik sekatan pelabuhan dan memansuhkan sekatan minyak terhadap Iran.
  • Iran menuntut pembebasan aset Tehran yang dibekukan serta penghentian ancaman dan operasi ketenteraan di semua medan.
  • Presiden AS mendakwa Selat Hormuz terbuka, sekatan laut dilaksanakan sepenuhnya dan periuk api laut dikeluarkan atau dimusnahkan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan perkara itu menerusi hantaran di platform Truth Social selain mendakwa Selat Hormuz kini dibuka untuk operasi.

“Tiada rundingan atau perbincangan sedang berlangsung atau dijadualkan dengan Republik Islam Iran.

“Sekatan laut kekal dilaksanakan sepenuhnya. Selat Hormuz terbuka dan beroperasi. Semua periuk api laut telah dikeluarkan atau dimusnahkan,” menurut hantaran itu.

Bagaimanapun, perunding utama Iran, Mohammad Baqer Qalibaf berkata dalam kenyataan yang disiarkan media kerajaan pada Selasa bahawa Selat Hormuz akan terus ditutup sehingga AS memenuhi syarat perjanjian sementara yang dimeterai dengan Iran pada Jun lalu.

Qalibaf yang berucap di Parlimen berkata, syarat berkenaan termasuk AS menarik balik sekatan terhadap pelabuhan Iran, memansuhkan sekatan minyak, membebaskan aset Tehran yang dibekukan serta menghentikan ancaman dan operasi ketenteraan di semua medan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.