Hujan lebat cetus banjir di Havza, Turkiye

Hujan lebat berterusan mengakibatkan air sungai di kawasan berhampiran melimpah dan menenggelami infrastruktur di Havza. – Foto AFP

SAMSUN, 13 Mei – Daerah Havza di wilayah Laut Hitam Utara, Turkiye dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan menyebabkan air sungai di kawasan berhampiran melimpah dan menenggelami infrastruktur bandar itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian banjir.
  • Beberapa premis perniagaan, kenderaan dan rumah penduduk mengalami kerosakan serta terjejas.
  • Kerajaan akan segera menyalurkan pampasan kepada mangsa yang terlibat.

Menurut Datuk Bandar Samsun, Halit Doğan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam bencana tersebut.

Tiada kemalngan jiwa dilaporkan setakat ini. – Foto AFP

Bagaimanapun, beberapa premis perniagaan mengalami kerosakan selain kenderaan dan rumah penduduk turut terjejas akibat banjir berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan pampasan kepada mangsa yang terlibat dalam kadar segera. – AFP