Houthi dakwa 300 serangan udara Saudi di Yaman minggu ini

Kumpulan Houthi melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan di wilayah Al Jawf, Yemen/Foto REUTERS

SANAA, 19 September — Kumpulan Houthi mendakwa pesawat pejuang Arab Saudi melancarkan 26 serangan udara di wilayah Taiz, barat daya Yaman, dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah serangan di sembilan wilayah negara itu minggu ini meningkat kepada 300.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap Houthi berkata serangan di Taiz melibatkan pesawat pejuang F-15 dari Pangkalan Udara Khamis Mushait.
  • Houthi mendakwa juga penggunaan pesawat Typhoon yang beroperasi dari Khamis Mushait dan Pangkalan King Fahd.
  • Pertempuran dilaporkan di Kahbub, Lahj, serta pertempuran berterusan di Taiz dan Marib.
  • Arab Saudi belum mengeluarkan kenyataan; ketegangan meningkat selepas kemaraan Houthi di pantai Laut Merah.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, berkata serangan di Taiz dilakukan pesawat pejuang F-15 Saudi yang berlepas dari Pangkalan Udara Khamis Mushait.

Beliau berkata 300 serangan itu turut membabitkan pesawat F-15 dan Typhoon yang beroperasi dari pangkalan udara Khamis Mushait dan King Fahd.

Arab Saudi belum mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu.

Pertempuran turut dilaporkan berlaku di sekitar kawasan pergunungan Kahbub di Lahj, berhampiran Selat Bab al-Mandab, selain pertempuran berterusan di Taiz dan Marib.

Ketegangan meningkat susulan kemaraan Houthi di kawasan pantai Laut Merah di barat daya Yaman awal bulan ini.

Konflik Yaman bermula pada akhir 2014 selepas Houthi menguasai ibu negara Sanaa dan sebahagian besar kawasan utara negara itu.

Arab Saudi kemudian campur tangan mengetuai pakatan tentera pada Mac 2015. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.