Houthi beri amaran campur tangan jika sekutu AS-Israel terlibat

Gambar fail anggota tentera Houthi berarak dalam perarakan ketenteraan di bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeida, Yaman/REUTERS

SANAA, 28 Mac – Kumpulan Houthi di Yaman memberi amaran akan campur tangan secara langsung dalam konflik serantau sekiranya perang melibatkan Iran terus memuncak sekiranya pihak lain menyertai Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Houthi amaran campur tangan ketenteraan langsung jika pakatan baru menyokong AS dan Israel atau Laut Merah digunakan untuk operasi ketenteraan.
  • Jurucakap Yahya Saree berkata Houthi dalam keadaan siap siaga dan sedia campur tangan ketenteraan dalam situasi tertentu.
  • Houthi tuntut hentikan serangan terhadap Iran, Palestin, Lubnan, Iraq; tamatkan sekatan ke atas Yaman; laksanakan penuh Perjanjian Gaza dan hak kemanusiaan.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata, pihaknya kini berada dalam keadaan siap siaga untuk melaksanakan ketenteraan.

“Kami menegaskan bahawa jari kami di picu (siap siaga) untuk campur tangan ketenteraan secara langsung dalam situasi tertentu,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan media tempatan.

Menurut beliau, tindakan itu akan diambil sekiranya terdapat pakatan baharu menyokong AS dan Israel menentang Iran selain penggunaan Laut Merah untuk operasi ketenteraan.

Beliau berkata, Houthi turut menuntut agar serangan terhadap Iran serta negara lain termasuk Palestin, Lubnan dan Iraq dihentikan segera.

Katanya, sekatan ke atas Yaman juga perlu ditamatkan selain pelaksanaan penuh Perjanjian Gaza termasuk hak kemanusiaan rakyat Palestin.

Yahya menegaskan, operasi ketenteraan pihaknya hanya menyasarkan AS dan Israel serta tidak melibatkan mana-mana negara Islam.

Konflik di Asia Barat kini memasuki minggu kelima susulan ketenteraan AS dan Israel terhadap Iran, yang turut mencetuskan ketegangan serantau dan kebimbangan terhadap kestabilan global. – VIORY