
SEOUL, 1 Mei – Ribuan pekerja di di sini turun ke jalan raya bersempena sambutan Hari Pekerja, bagi menyuarakan tuntutan kenaikan gaji serta penambahbaikan keadaan kerja.
RINGKASAN BERITA AI
- Orang ramai berhimpun di beberapa lokasi dengan bendera dan sepanduk, ada yang duduk di jalan sebagai perhimpunan aman.
- Perhimpunan tahunan menjadi platform menyuarakan isu kebajikan seperti kos sara hidup meningkat dan perlunya perlindungan pekerjaan lebih baik.
- Demonstrasi berlangsung terkawal, peserta dari pelbagai sektor bersatu menyampaikan tuntutan kepada pihak berkuasa.
Rakaman video menunjukkan orang ramai berhimpun di beberapa lokasi sekitar bandar dengan membawa pelbagai bendera dan sepanduk, selain ada yang duduk di atas jalan sebagai sebahagian daripada perhimpunan aman.
Perhimpunan tahunan itu merupakan platform bagi golongan pekerja menyuarakan isu kebajikan, termasuk kos sara hidup yang meningkat dan keperluan perlindungan pekerjaan yang lebih baik.
Demonstrasi berlangsung dalam keadaan terkawal dengan kehadiran peserta dari pelbagai sektor pekerjaan yang bersatu menyampaikan tuntutan mereka kepada pihak berkuasa. AFP