Hamas umum senarai 20 tebusan dijangka dibebaskan

GAZA, 13 Oktober -Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, pada Isnin telah mengeluarkan senarai 20 tebusan yang masih hidup dan dijangka akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai dengan Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Briged Ezzedine al-Qassam mengeluarkan senarai 20 tebusan yang masih hidup untuk dibebaskan.
  • Senarai disiarkan di saluran rasmi Telegram sebagai sebahagian daripada 48 individu yang ditawan.
  • Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengumuman senarai itu.
  • Penjara Israel dan pasukan keselamatan bersiap sedia di selatan Israel dan Tebing Barat.
  • Pembebasan dijangka bermula melalui Koridor Netzarim dan di Khan Younis pada waktu pagi.

Senarai tersebut disiarkan menerusi saluran rasmi Telegram dan merupakan sebahagian daripada 48 individu yang ditawan termasuk yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Setakat ini, Israel masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung senarai yang diumumkan itu.

Dalam pada itu, penjara Israel serta pasukan keselamatan dilaporkan bersiap sedia pada pagi Isnin di selatan Israel, termasuk di Penjara Ketziot dan Ofer di Tebing Barat, bagi melaksanakan pembebasan tahanan Palestin.

Pembebasan tebusan dijangka bermula pada 8.00 pagi (waktu tempatan) melalui Koridor Netzarim dan pukul 10.00 pagi di Khan Younis, selatan Gaza, menurut laporan media Israel. AFP/REUTERS