Gempa bumi Jepun: Lima pekerja kilang maut ditimpa struktur kilang

Keadaan bangunan yang rosak akibat gempa bumi. Foto/AFP

TOKYO, 29 Julai – Lima lagi individu disahkan maut selepas ditimpa struktur kilang yang terjejas susulan gempa bumi kuat yang melanda Jepun pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat pekerja masih hilang di kilang Nippon Paper di Yatsushiro, menurut pegawai kerajaan tempatan.
  • Sebahagian cerobong asap kilang runtuh selepas gegaran berskala 7.1 Richter.
  • Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, Perdana Menteri sahkan sekurang-kurangnya 13 kematian di wilayah Kumamoto.

Menurut seorang pegawai kerajaan tempatan, empat lagi mangsa masih belum dapat dikesan di kilang milik Nippon Paper Industries di Yatsushiro.

Dalam kejadian itu, sebahagian cerobong asap di kilang berkenaan dilapor runtuh akibat gegaran berkekuatan 7.1 pada skala Richter.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa hilang.

Pada Selasa, Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi mengesahkan sekurang-kurangnya 13 individu maut dalam gempa bumi yang menggegarkan wilayah Kumamoto di pulau Kyushu, barat daya Jepun.

“Setakat ini, 13 kematian telah disahkan. Pihak berkuasa masih mengesahkan sama ada semua kematian itu berpunca secara langsung daripada gempa bumi,” katanya. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.