Gempa bumi 6.1 magnitud gegar Timur Laut Jepun, tiada ancaman tsunami

Foto AFP

TOKYO, 28 Jun – Gempa bumi kuat 6.1 magnitud menggegarkan wilayah timur laut Jepun pada awal pagi Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agensi Meteorologi Jepun mengesahkan tiada ancaman tsunami daripada siri gegaran ini.
  • Tiada laporan kerosakan struktur atau kemalangan jiwa setakat ini.
  • Pusat gempa dikesan luar pesisir Wilayah Iwate pada kedalaman kira-kira 40 kilometer.
  • Gegaran turut dirasai di Aomori dan JMA mengeluarkan amaran kemungkinan beberapa gegaran susulan.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), siri gegaran kuat terbaharu tersebut bagaimanapun, tidak menyebabkan ancaman tsunami.

“Tiada laporan mengenai sebarang kerosakan struktur atau kemalangan jiwa diterima setakat ini,” katanya.

Bagaimanapun, rantaian gempa bumi yang berlaku ketika musim taufan boleh mencetuskan kebimbangan serius risiko berlakunya tanah runtuh.

Menurut JMA, pusat gempa bumi pada Ahad dikesan di luar pesisir pantai Wilayah Iwate pada pukul 7:25 pagi waktu tempatan (5:21 pagi waktu Malaysia) pada kedalaman sekitar 40 kilometer.

Impak gegaran turut dirasai di Wilayah Aomori serta beberapa kawasan sekitar.

Agensi meteorologi turut mengeluarkan amaran bahawa beberapa siri gempa susulan berkemungkinan besar akan berlaku.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.