Erdogan dan Presiden UAE bincang hubungan dua hala, isu serantau

Foto REUTERS

ISTANBUL, 6 Januari -Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Isnin berhubung melalui panggilan telefon dengan Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, yang membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan global, menurut Direktorat Komunikasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan fokus kepada pengukuhan hubungan dua hala antara Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.
  • Erdogan menegaskan sokongan Turkiye terhadap keutuhan wilayah dan perpaduan Yaman dan Somalia.
  • Turkiye menawarkan sumbangan kepada usaha memastikan keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.
  • Erdogan menekankan usaha menamatkan tragedi kemanusiaan di Gaza dan percepat pembinaan semula.

Menurut Anadolu Ajansi, Erdogan memberitahu Sheikh Mohamed bahawa Turkiye menyokong keutuhan wilayah, perpaduan dan solidariti Yaman serta Somalia, dan bersedia menyumbang kepada usaha memastikan keamanan dan kestabilan.

Beliau menambah bahawa Turkiye sedang berusaha menamatkan tragedi kemanusiaan di Gaza, sambil menegaskan langkah perlu diambil secepat mungkin bagi memudahkan pembinaan semula wilayah itu. – BERNAMA