
BAGHDAD, 25 Mac – Iraq menahan empat orang berkaitan dengan serangan roket terdahulu yang dilancarkan terhadap pangkalan tentera di negara jiran Syria.
- Suspek diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq untuk tindakan lanjut.
- Serangan Isnin mensasarkan pangkalan timur laut Syria di wilayah Hasakeh yang pernah menempatkan pasukan AS dan gabungan antarabangsa.
- Serangan dron dan roket kerap menyasarkan kedutaan AS, hab diplomatik di lapangan terbang Baghdad, dan pasukan gabungan anti-jihad.
‘Pasukan kami yang disokong perisik, berjaya menangkap empat pelaku,’ menurut kenyataan ringkas Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu juga menyebut suspek telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Serangan pada hari Isnin menyasarkan pangkalan tentera timur laut Syria di wilayah Hasakeh yang sehingga baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada pasukan AS dengan gabungan anti-jihad antarabangsa.
Ini adalah penangkapan pertama yang diumumkan di Iraq berkaitan dengan konflik Asia Barat yang tercetus pada 28 Februari.
Walau bagaimanapun, serangan dron dan serangan roket kerap menyasarkan kedutaan AS di Baghdad, pusat diplomatik AS di lapangan terbang ibu negara Iraq, dan pasukan gabungan anti-jihad antarabangsa.
Tentera Syria mengutuk serangan itu, dan mengesahkan mereka sedang berhubung dengan pihak berkuasa Iraq untuk mencari pelakunya. -AFP