NAIROBI, 4 Januari – Empat pemuda maut dalam serangan badak air di Tasik Naivasha, Kenya, menurut laporan media yang dipetik oleh Agensi Berita Jerman (dpa).
RINGKASAN BERITA AI
- 14 lelaki dipercayai menangkap ikan secara haram di tepi Tasik Naivasha pada malam kejadian.
- Beberapa ekor badak air menyerang kumpulan itu, menyebabkan kecederaan dan kematian.
- Sebaik sahaja serangan berlaku, sesetengah lelaki berjaya berenang menyelamatkan diri.
- Keluarga mangsa berkata kegiatan menangkap ikan itu untuk menambah pendapatan keluarga.
Sekumpulan 14 lelaki dipercayai cuba menangkap ikan secara haram pada Jumaat malam di tepi tasik itu, sebuah tarikan pelancongan popular yang terletak kira-kira 80 kilometer dari ibu negara Nairobi di Lembah Rift.
Beberapa ekor badak air dilaporkan menyerang kumpulan berkenaan, menurut media Kenya pada Sabtu. Sebahagian daripada lelaki itu berjaya berenang menyelamatkan diri, manakala yang lain diserang haiwan tersebut atau lemas.
Menurut ahli keluarga, lelaki berkenaan berusaha menambah pendapatan keluarga melalui aktiviti menangkap ikan. -BERNAMA-dpa