Dua terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan

Foto fail/ AFP

BEIRUT, 23 Jun – Dua orang terbunuh di selatan Lubnan akibat tembakan tentera Israel, walaupun ketegangan dilaporkan berkurangan selepas gencatan senjata baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amerika Syarikat dan Iran menamatkan pusingan pertama rundingan damai Asia Barat.
  • Iran menyatakan kejayaan rundingan bergantung pada penamatan konflik antara Israel dan Hizbullah di Lubnan.
  • NNA melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan terhadap lelaki berhampiran jentera penggali dekat Nabatieh.
  • Pejuang Hizbullah mengecam kejadian sebagai pelanggaran gencatan senjata dan mengesahkan ia serangan khianat.

Kejadian berlaku ketika Amerika Syarikat dan Iran menamatkan pusingan pertama rundingan damai Asia Barat dengan Iran mengaitkan kejayaan rundingan adalah menamatkan konflik antara Israel dengan Hizbullah di Lubnan.

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), dua lelaki terbunuh apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mangsa ketika berada berhampiran jentera penggali yang sedang melakukan kerja pembukaan jalan di sebuah bandar berhampiran Nabatieh.

Di bandar Hadatha, berhampiran sempadan Israel, beberapa penduduk turut dilaporkan ditembak ketika dalam perjalanan ke tanah perkuburan, namun tiada maklumat mengenai kematian.

Pejuang Hizbullah mengecam insiden itu sebagai pelanggaran jelas terhadap gencatan senjata di Lubnan, dan mengesahkan dua kematian itu disifatkan sebagai serangan khianat.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.