Britain enggan sertai majlis perasmian Lembaga Keamanan

Cooper melihat Lembaga Keamanan yang diasaskan Trump boleh mencetuskan masalah lebih luas. Foto/AFP

LONDON, 22 Januari – Britain tidak akan mengambil bahagian pada majlis menandatangani perjanjian Lembaga Keamanan yang pada asalnya dicadangkan bagi memantau usaha pembinaan semula Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Britain will not take part in the signing of the Security Board agreement at Davos.
  • Yvette Cooper says joining could spark wider problems and Britain has other priorities.
  • Concerns raised over Russia's alleged involvement while still at war with Ukraine.
  • Reported $1 billion fee for permanent members; several countries already confirmed participation.

Inisiatif di bawah pimpinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu kini dilapor berperanan lebih luas dalam landskap geopolitik antarabangsa.

Majlis berkenaan akan dihostkan Washington semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada Khamis.

Perkembangan itu disahkan Menteri Luarnya Yvette Cooper yang melihat perkara itu boleh mencetuskan masalah lebih luas.

“Banyak kerja lain yang perlu kami lakukan dan kami tidak akan menjadi sebahagian daripada perjanjian itu hari ini.

“Kami juga bimbang tentang Putin (Presiden Rusia) yang dikatakan menjadi sebahagian daripada inisiatif keamanan sedangkan negaranya masih berperang dengan Ukraine,” kata Cooper.

Terdahulu, media melaporkan negara yang ingin menyertai Lembaga Keamanan perlu membayar yuran sebanyak $1 bilion untuk menjadi ahli tetap.

Amerika Syarikat dilapor telah menjemput beberapa ketua negara dengan tujuh negara telah mengesahkan penyertaan seperti Indonesia, Arab Saudi, Mesir dan Turkiye.- AFP