Bekas PM China Zhu Rongji meninggal dunia pada usia 97 tahun

Foto REUTERS

BEIJING, 13 Ogos -Bekas Perdana Menteri China, Zhu Rongji, yang memainkan peranan penting dalam mengubah negara itu menjadi kuasa ekonomi dunia, meninggal dunia hari ini pada usia 97 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memacu reformasi ekonomi, menyusun semula perusahaan milik negara dan membawa China menyertai WTO pada 2002.
  • Dikenali dengan gaya kepemimpinan tegas dan lantang serta keberanian mengkritik rasuah, kelemahan kewangan dan ketirisan pentadbiran.
  • Memegang jawatan Perdana Menteri 1998 hingga awal 2003 dan membantu menstabilkan ekonomi pada awal 1990an.

Tokoh yang terkenal dengan gaya kepemimpinan tegas dan lantang itu memegang jawatan Perdana Menteri dari 1998 hingga awal 2003.

Beliau turut menjadi antara individu utama yang memacu reformasi ekonomi, menyusun semula perusahaan milik negara serta membawa China menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 2002.

Rongji turut dikenang kerana keberaniannya mengkritik salahlaku rasuah, kelemahan sistem kewangan dan ketirisan pentadbiran, yang dipaparkan menerusi koleksi ucapan beliau yang diterbitkan pada 2011 dan mendapat perhatian meluas di China.

Sepanjang kariernya, beliau memainkan peranan besar dalam menstabilkan ekonomi China pada awal 1990-an, sekali gus meletakkan asas kepada kebangkitan negara itu sebagai antara ekonomi terbesar dunia. – REUTERS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.