
KUT, IRAQ, 13 Ogos – Penunjuk perasaan membakar tayar dan berdepan gas pemedih mata daripada polis semasa demonstrasi menuntut peningkatan bekalan elektrik di Kut, wilayah Wasit, Iraq.
- Kerajaan dituntut meningkatkan bekalan elektrik dari 1,200 kepada 1,500 megawatt.
- Kekurangan bekalan dipersoalkan walaupun Loji Janakuasa Al-Zubaidiya mampu menghasilkan lebih 2,500 megawatt.
- Krisis berlaku ketika gelombang haba melampau, beberapa kawasan merekod suhu melebihi 50 darjah Celsius.
- Perdana Menteri mengadakan mesyuarat, menggesa sokongan Parlimen dan usaha menentang rasuah untuk atasi krisis elektrik.
Mereka menuntut bekalan elektrik ke wilayah itu ditingkatkan daripada 1,200 kepada 1,500 megawatt (MW) susulan krisis bekalan yang turut menjejaskan perkhidmatan awam dan kehidupan penduduk.
Penunjuk perasaan turut mempersoalkan kekurangan bekalan elektrik walaupun wilayah Wasit mempunyai Loji Janakuasa Terma Al-Zubaidiya yang mampu menghasilkan lebih 2,500 MW.
Protes berlaku ketika Iraq berdepan gelombang haba dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius di beberapa kawasan.
Pihak berkuasa turut menggantung waktu bekerja rasmi di beberapa kawasan bagi mengurangkan tekanan terhadap sistem bekalan elektrik.
Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Ali Al-Zaidi mengadakan mesyuarat bersama beberapa pegawai pada Isnin bagi membincangkan krisis elektrik.
Beliau berkata isu bekalan elektrik akan diberi perhatian khusus dan menggesa ahli Parlimen menyokong usaha kerajaan menangani rasuah. -VIORY