Bekas ketua polis era Duterte melarikan diri, elak penahanan ICC atas dakwaan jenayah kemanusiaan

Senator Filipina, Ronald Dela Rosa/Foto AFP

MANILA, 14 Mei – Ronald dela Rosa, bekas ketua polis era pemerintahan bekas Presiden Rodrigo Duterte, dilaporkan melarikan diri dari bangunan Senat Filipina selepas mendapatkan perlindungan di situ bagi mengelakkan penahanan berkaitan dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan.

“Pihak keselamatan Senat mengesahkan Dela Rosa tidak lagi berada di bangunan berkenaan,” kata Presiden Senat Alan Peter Cayetano pada sidang akhbar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keselamatan Senat mengesahkan Dela Rosa tidak lagi berada di bangunan, kata Presiden Senat Alan Peter Cayetano.
  • Dela Rosa mengetuai Polis Filipina 2016 hingga 2018 semasa perang dadah Duterte dan dilaporkan menghilang sejak November.
  • Beliau muncul semula di Senat dan hampir ditahan oleh ejen kerajaan yang mengikuti beliau di bangunan itu.
  • ICC mengesahkan waran tangkap terhadap Dela Rosa atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan membabitkan pembunuhan.

Dela Rosa yang mengetuai Polis Filipina dari 2016 hingga 2018 ketika pelaksanaan kempen perang dadah Duterte, sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri daripada perhatian umum sejak November tahun lalu.

Beliau muncul semula di Senat pada Isnin lalu dan hampir ditahan oleh ejen kerajaan yang mengekori beliau di bangunan tersebut.

Ahli politik itu sebelum ini menegaskan akan menentang sebarang usaha untuk menahannya dan menyerahkannya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang berpangkalan di Belanda.

Sementara itu, Duterte telah ditahan pada Mac tahun lalu sebelum diterbangkan ke The Hague bagi menghadapi prosiding mahkamah berkaitan kempen anti-dadah yang mengorbankan ribuan nyawa.

ICC sebelum ini mengesahkan pihaknya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Dela Rosa atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan membabitkan pembunuhan.-AFP