
MANAMA, 27 April – Bahrain melucutkan kerakyatan 69 individu berkaitan serangan Iran, menurut Kementerian Dalam Negeri Bahrain pada Isnin, sambil memaklumkan yang kesemua mereka merupakan bukan warga asal Bahrain, lapor Xinhua.
- Individu didapati menyokong serangan Iran termasuk bekerjasama dengan entiti asing.
- Pihak berkuasa akan mengambil semua langkah perlu untuk melaksanakan keputusan mengikut undang-undang negara.
- Serangan Israel dan AS pada 28 Februari membunuh pemimpin agung Iran; Iran membalas dengan peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan kepentingan AS.
Mereka didapati menyokong serangan Iran, termasuk bekerjasama dengan entiti asing, menurut kementerian itu.
Menurut kementerian, pihak berkuasa akan mengambil semua langkah perlu untuk melaksanakan keputusan mengikut undang-undang negara.
Pada 28 Februari, Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Tehran dan beberapa bandar lain di Iran, yang mengorbankan pemimpin agung Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei, pegawai kanan serta orang awam. Iran kemudian membalas dengan siri serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel serta kepentingan AS di Asia Barat, termasuk di negara Teluk seperti Bahrain.
Bahrain sebelum ini menahan beberapa rakyat tempatan dan warga asing kerana merakam serta memuat naik kandungan berkaitan serangan itu atau disyaki melakukan pengintipan untuk entiti asing.-BERNAMA