
SYDNEY, 4 Mei – Australia dan Jepun memeterai beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga dan mineral kritikal.
- Kerjasama bertujuan mengukuhkan rantaian bekalan bagi memastikan tenaga, makanan dan sumber strategik kekal stabil dan berdaya tahan.
- Australia kini membekalkan sekitar satu pertiga keperluan tenaga Jepun dan kekal pembekal terbesar gas asli cecair negara itu.
- Perancangan sokongan sehingga 1.3 bilion dolar Australia untuk projek mineral kritikal akan memperkukuh bekalan nikel, grafit dan nadir bumi.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, langkah itu bertujuan mengukuhkan rantaian bekalan kedua-dua negara ketika ekonomi global terus berdepan ketidaktentuan.
Menurut beliau, kerjasama itu penting bagi memastikan bekalan tenaga, makanan dan sumber strategik kekal stabil serta lebih berdaya tahan.
Australia kini membekalkan kira-kira satu pertiga keperluan tenaga Jepun dan kekal sebagai pembekal terbesar gas asli cecair negara itu.
Dalam perkembangan sama, Australia turut merancang menyediakan sokongan sehingga 1.3 bilion dolar Australia bagi projek mineral kritikal yang membabitkan syarikat Jepun.
Langkah itu dijangka membantu memperkukuh bekalan bahan strategik seperti nikel, grafit dan nadir bumi.
Perjanjian itu dimeterai sempena lawatan tiga hari Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi ke Australia. – REUTERS