
BOGOTA, 4 Mei – Polis Colombia merampas 350 kilogram (kg) kokain yang disorok dalam sebuah kenderaan dalam serbuan antidadah di Wilayah La Guajira, di utara negara pada Ahad.
- Dadah dianggarkan bernilai 1.92 bilion peso Colombia ditemui hasil pemeriksaan kenderaan.
- Rakaman pihak berkuasa menunjukkan puluhan bungkusan dipercayai kokain disusun di bahagian belakang kenderaan.
- La Guajira dikenalpasti sebagai laluan utama penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat, Eropah dan rantau Caribbean kerana kedudukannya strategik.
Dadah dianggarkan bernilai 1.92 bilion peso Colombia itu ditemukan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan.
Rakaman dikongsi pihak berkuasa menunjukkan puluhan bungkusan dipercayai kokain disusun di bahagian belakang kenderaan yang dirampas.
Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mendedahkan jumlah tangkapan atau butiran lanjut berhubung serbuan berkenaan.
Pada 20 April lalu, Polis Kebangsaan Colombia turut merampas lebih setengah tan kokain yang disorok dalam sebuah treler, dengan nilai rampasan dianggarkan 3.7 bilion peso Colombia.
La Guajira dikenal pasti sebagai antara laluan utama penyeludupan dadah di Colombia kerana kedudukannya yang strategik di pesisir Caribbean dan berhampiran sempadan Venezuela.
Kawasan itu sering menjadi transit sindiket untuk menyeludup dadah ke Amerika Syarikat, Eropah dan rantau Caribbean. – VIORY