AS salur bantuan kemanusiaan kepada Nepal

Foto BERNAMA

WASHINGTON, 30 Ogos — Amerika Syarikat (AS)  mengumumkan bantuan kemanusiaan bernilai lebih 3.6 juta dolar AS kepada Nepal susulan banjir besar yang mengorbankan ratusan nyawa serta menyebabkan hampir 3,000 orang masih hilang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan bertujuan menyokong operasi menyelamat dan bantuan kecemasan kepada penduduk terjejas.
  • Termasuk bekalan makanan kecemasan untuk sehingga tiga bulan bagi 10,000 isi rumah terjejas.
  • Pengumuman dibuat melalui kenyataan di platform X.
  • Banjir dan tanah runtuh pada 26 Ogos melanda sempadan Nepal-Tibet, menyebabkan ramai hilang termasuk pelancong asing.

Bantuan itu bertujuan menyokong usaha menyelamat dan bantuan kecemasan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Menurut kenyataan di platform X pada Sabtu, bantuan tersebut termasuk makanan kecemasan bagi tempoh sehingga tiga bulan untuk 10,000 isi rumah yang terjejas akibat banjir.

Pada 26 Ogos lalu, bencana banjir dan tanah runtuh besar melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet yang mengakibatkan ratusan orang lagi masih hilang, termasuk pelancong asing. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.